Make your own free website on Tripod.com

 

ZON A

   

   

 

Pusat Kesihatan

Zon A : Ekosistem Padang

Ciri-ciri:

1. Sebahagian besar kawasan dilitupi rumput.

2. Kawasan ini tidak tepubina, oleh itu kurang aktiviti aktif yang melibatkan kawasan ini.

3. Kawasan ini menerima cahaya matahari terus disebabkan tiada pokok besar yang menghalang.

4.Pokok besar hanya boleh didapati di Lengkok Sastera.

 

Hubungkait dan rantai makanan

FLORA FAUNA
i) Menjalar/ atas tanah

Rumput (Axonopus compressus, Axonopus humilis), rumpai spesies, cendawan, temucut/kemucup.

ii) Pokok tumpang

Paku-pakis, duit-duit, kulampair (biasa terdapat pada dahan pokok sena dan pokok pukul lima di sekitar kawasan ini).

iii) Pokok sederhana besar

Pokok cermai, pokok mengkudu (Morinda citrifolia).

iv) Pokok besar

Pokok pukul lima/pokok hujan (Samanea saman), pokok rhu(Casuarina equisetifolia), pokok sena/angsana(Pterocarpus indicus), pokok semarak api (Delonix regia)

 

i) Belalang kecil (berwarna hijau muda dan bersaiz kecil)

ii) Semut api, semut hitam (terdapat busut di bawah pokok mengkudu yang menjadi sarang semut)

iii) Kerengga (terdapat sarang kerengga di atas dahan pokok mengkudu)

iv) Rama-rama

v) Burung ciak rumah (biasanya terdapat kawasan yang bersebelahan Pusat Kesihatan USM)

vi) Burung gembala kerbau ( banyak didapati di berhampiran pokok pukul lima dan pokok sena terutamanya di waktu pagi dan petang)

vii) Burung sambar murai gila (boleh dilihat di sekitar Lengkok Sastera)

viii) Burung belatuk (biasanya kelihatan di pokok semarak api di sekitar Lengkok Sastera)

viv) Biawak( biasa didapati di dalam semak berdekatan perdu pokok mengkudu)

x) Burung helang merah (kelihatan pada ruang udara USM)

 

 

• Home • Tapak Kajian • Zon A • Zon B • Zon C • Zon D • Zon E • Zon F • Zon G • Flora dan Fauna • Kesimpulan • Rekabentuk • Webmaster •

 RLD 509   Pengurusan Sumber Landskap
Disediakan Oleh: Awatif Ismail & Jashida Jaaffar
Last updated: 09/05/03.