Make your own free website on Tripod.com

 

ZON D

Zon D : Ekosistem Padang

Ciri-ciri:

1. Sebahagian besar kawasan dilitupi rumput.

2. Kawasan ini tidak tepubina, oleh itu kurang aktiviti aktif yang melibatkan kawasan ini.

3. Kawasan ini menerima cahaya matahari terus disebabkan tiada pokok besar yang menghalang.

4.Pokok besar hanya boleh didapati berhampiran tempat letak kereta Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan dan Dewan Kuliah Ilmu Kemanusiaan.

Hubungkait dan rantai makanan

FLORA FAUNA
i) Menjalar/ atas tanah

Rumput (Axonopus compressus, Axonopus humilis),  temucut/kemucup, semalu.

ii) Pokok tumpang

Paku-pakis, duit-duit, kulampair (biasa terdapat pada dahan pokok pukul lima di sekitar kawasan ini).

iii) Pokok sederhana besar

Pokok bunga tanjung (Mimosups elengi)

iv) Pokok besar

Pokok pukul lima/pokok hujan (Samanea saman), pokok semarak api (Delonix regia); pokok semarak api ini agak unik kerana batangnya berlubang dan bersambung atas dan bawah, di dalamnya terdapat busut semut.

 

i) Belalang kecil (berwarna hijau muda dan bersaiz kecil)

ii) Semut api, semut hitam (terdapat busut di bawah pokok semarak api yang menjadi sarang semut)

iii) Kerengga (terdapat sarang kerengga di atas dahan pokok semarak api)

v) Rama-rama

vi) Burung gembala kerbau ( banyak didapati di berhampiran pokok pukul lima dan pokok semarak api terutamanya di waktu pagi dan petang)

vii) Burung layang-layang perut putih(terdapat di sekitar Lengkok Canselori)

viii) Burung helang merah (kelihatan pada ruang udara USM)

• Home • Tapak Kajian • Zon A • Zon B • Zon C • Zon D • Zon E • Zon F • Zon G • Flora dan Fauna • Kesimpulan • Rekabentuk • Webmaster •

 RLD 509   Pengurusan Sumber Landskap
Disediakan Oleh: Awatif Ismail & Jashida Jaaffar
Last updated: 09/05/03.