Make your own free website on Tripod.com

 

ZON C

 

Tempat letak kereta

 

Tempat letak kereta

Zon C : Ekosistem Tepubina

Ciri-ciri:

1. sebahagian besar dilitupi kawasan berturap dan dikelilingi oleh bangunan.

2. aktiviti di kawasan ini berbentuk aktif kerana ia merupakan kawasan letak kereta dan kerap digunakan oleh pelajar Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan terutamanya yang berjalan kaki.

3. kebanyakkan pokok ditanam di dalam kotak tanaman dan terancang.

4. pokok-pokok yang ditanam lebih kearah kecantikan seperti penanaman pokok bunga.

Hubungkait dan rantai makanan

FLORA FAUNA LANDSKAP KEJUR
i) Menjalar/ atas tanah

Rumput (Axonopus compressus).

ii) Pokok hiasan

Pokok jejarum (Ixora sunkist), pokok allamanda (Allamanda cathartica)

iii) Pokok besar

Pokok bunga tanjung (Mimosups elengi), pokok pukul lima/pokok hujan (Samanea saman)

 

 

 

i) Belalang kecil (terdapat di kawasan berumput di tepi tempat letak kereta)

ii) Semut hitam (terdapat di kawasan berhampiran Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan terutamanya berhampiran dengan longkang).

iii) Burung gembala kerbau (boleh didapati di kawasan pokok bunga tanjung)

iv) Burung ciak rumah/ciak urasia (banyak terdapat di kawasan sekitar bangunan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan)

v) Burung merbah kapur(banyak terdapat di kawasan sekitar bangunan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan)

vi) Burung helang merah (kelihatan pada ruang udara USM)

i) Tempat letak kereta (diliputi oleh tar dan bitumen menyebabkan kawasan ini terasa lebih panas)

ii) Laluan pejalan kaki (terletak berhadapan dan bersebelahan pusat pengajian, diperbuat daripada kepingan konkrit yang disusun di atas permukaan yang dipadatkan dengan tanah dan pasir, terdapat rumput yang tumbuh diantara kepingan konkrit tersebut)

 

• Home • Tapak Kajian • Zon A • Zon B • Zon C • Zon D • Zon E • Zon F • Zon G • Flora dan Fauna • Kesimpulan • Rekabentuk • Webmaster •

 RLD 509   Pengurusan Sumber Landskap
Disediakan Oleh: Awatif Ismail & Jashida Jaaffar
Last updated: 09/05/03.