Make your own free website on Tripod.com

 

KESIMPULAN

Daripada pemerhatian yang dijalankan di kawasan kajian, terdapat tujuh zon pemerhatian yang terdiri daripada lima ekosistem yang berbeza. Pengkelasan ekosistem ini berdasarkan ciri-ciri yang terdapat di kawasan tersebut hasil pemerhatian yang dijalankan.  ekosistem yang terdapat disini terdiri daripada ekosistem padang, ekosistem kampung, ekosistem tepubina, ekosistem hutan dan ekosistem bukit.

         Setiap ekosistem mempunyai rantai makanan dan hubungkait antara satu sama lain yang saling berinteraksi. Hasil daripada analisa daripada rajah hubungkait bagi keseluruhan kawasan, didapati semut dan burung merupakan komponen yang terdapat di semua zon kajian disamping komponen lain yang membentuk sesebuah ekosistem. Burung Helang Merah yang mendominasi ruang udara USM merupakan pemangsa. Komponen-komponen ekosistem ini memainkan peranan yang penting dalam menyeimbangkan persekitaran di sekitar kawasan tersebut.

         Pemerhatian dan kajian yang dijalankan di kawasan ini telah memberi pendedahan tentang sensitiviti alam sekitar. Alam sekitar dilihat dengan lebih mendalam dan mengambil kira komponen-komponen yang terdapat di dalam kawasan tersebut termasuklah biodiversiti kawasan tersebut. Dalam usaha memelihara dan menyedarkan warga kampus tentang keunikan persekitaran kampus, satu rekabentuk dicadangkan. Ia bertujuan  untuk memperkenalkan laluan ini kepada warga kampus supaya dapat berkongsi keunikan alam sekitar kampus yang dahulunya tidak disedari oleh mereka. Selain daripada rekabentuk yang menarik, peranan pihak pentadbiran kampus juga perlu menyokong dengan cara mewarwarkan rekabentuk ini supaya ianya tersebar dan diketahui oleh warga kampus yang lain.

• Home • Tapak Kajian • Zon A • Zon B • Zon C • Zon D • Zon E • Zon F • Zon G • Flora dan Fauna • Kesimpulan • Rekabentuk • Webmaster •

 RLD 509   Pengurusan Sumber Landskap
Disediakan Oleh: Awatif Ismail & Jashida Jaaffar
Last updated: 09/05/03.