Make your own free website on Tripod.com

 

REKABENTUK

Laman Cendikiawan
Sudur Timur
Susur Rimba
Laman Kolonial
Laman Desa
Laluan Hijau

 

        Dalam usaha untuk memperkenalkan laluan ini kepada warga kampus, satu rekabentuk diketengahkan untuk memelihara dan menjaga persekitaran kampus dan sekaligus menonjolkan keunikan yang terdapat di kawasan tersebut.

         Rekabentuk yang akan diketengahkan di kawasan ini berkonsepkan Jejak Alam iaitu menghubungkan satu zon dengan zon yang lain yang mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Zon di dalam kawasan ini dibahagikan kepada enam. Zon-zon tersebut ialah Laluan Hijau, Laman Desa, Laman Cendikiawan, Laman Kolonial, Susur Rimba dan Sudur Timur. Nama bagi setiap zon ini menggambarkan ciri-ciri yang terdapat di kawasan tersebut.

        Rekabentuk landskap yang akan dilaksanakan ialah menyediakan papan tanda, menggantikan laluan pejalan kaki daripada konkrit dengan stepping stone serta menambahkan landskap lembut di kawasan ekosistem tepubina. Penyediaan papan tanda terbahagi kepada dua jenis. Jenis yang pertama merupakan papan tanda yang memberikan maklumat tentang  kawasan-kawasan yang akan dilalui dari awal hingga akhir perjalanan. Papan tanda ini diletakkan di Laman Hijau dan Sudur Timur untuk menjelaskan lagi panduan bagi warga kampus yang ingin menggunakan laluan ini untuk menjejaki ciri alam yang unik ini. Jenis papan tanda yang kedua memberikan maklumat tentang setiap kawasan merangkumi jenis dan nama flora dan fauna yang terdapat disitu, kitaran makanan dan hubungkait antara satu sama lain. Ciri-ciri unik kawasan tersebut juga dipaparkan di kawasan ini agar lebih menarik. Papan tanda ini diletakkan di setiap kawasan/ekosistem yang telah dikenalpasti seperti di Laluan Hijau, Laman Desa, Laman Cendikiawan, Laman Kolonial, Susur Rimba dan Sudur Timur.

         Penggantian laluan pejalan kaki jenis konkrit kepada stepping stone merupakan satu alternatif bagi membolehkan kawasan yang diturap diminimakan. Disamping itu juga, stepping stone mempunyai nilai estetik yang tinggi dan mampu menarik minat warga kampus untuk menggunakannya sebagai laluan. Landskap lembut yang terdapat di kawan ekosistem tepubina didapati masih tidak mencukupi. Oleh itu, penanaman pokok-pokok hiasan dan terutamanya pokok-pokok besar perlu diberi keutamaan kerana ia mampu memberikan peneduhan kepada pejalan kaki. Disamping itu, ia juga membantu meredupkan dan menyejukkan suasana di sekitar kawasan tersebut.  

 

Kawasan Tarikan
Laluan Hijau (merangkumi kawasan ekosistem padang)

- merupakan jalan pintas yang kerap digunakan penghuni Desasiswa Gemilang untuk ke dewan kuliah.

- menjadi tumpuan burung terutamnya pada waktu pagi dan petang.

Laman Desa (merangkumi kawasan ekosistem kampung)

- mempunyai banyak pokok buah-buahan yang akan berbuah apabila tiba musimnya.

- terdapat satu kawasan di laman ini yang menjadi tempat burung gembala kerbau bermain dan mencari makan di atas tanah.

- pada waktu pagi dan petang akan kedengaran kicauan burung yang sedang bermain dan mencari makanan.

Laman Cendikiawan (merangkumi ekosistem tepubina dan ekosistem padang)

- terdapat landskap yang direkabentuk di kawasan ekosistem tepubina.

- terdapat sebatang pokok semarak api yang batangnya berlubang di tengah dan menjadi sarang kerengga.

Laman Kolonial (merangkumi kawasan ekosistem tepubina)

- landskap yang direkabentuk menonjolkan gaya kolonial apabila berlatar belakangkan bangunan kolonial.

-bersebelahan dengan lembah burung. setiap petang dan pagi kedengaran burung berkicau.

Susur Rimba (merangkumi kawasan ekosistem hutan)

- landskap yang terdiri daripada pokok-pokok besar meredupkan persekitaran.

- terdapat sekumpulan burung gembala kerbau yang bermain dan mencari makan di atas tanah di bawah pokok-pokok besar terutamanya pada waktu petang.

- kedengaran kicauan burung gembala kerbau yang sedang bermain dan mencari makanan di sekitar kawasan tersebut.

- mempunyai nilai pemandangan yang menarik kerana terletak di atas kawasan berbukit.

Sudur Timur (merangkumi kawasan ekosistem bukit)

- mempunyai sudur pokok yang menarik

-terdapat sebuah batu yang besar serta menonjolkan kelainan daripada tempat-tempat lain di dalam USM

 

Contoh rekabentuk papan tanda dan penunjuk arah

Fauna:

    Burung Ciak Urasia

    Burung Sambar Murai Gila

    Burung Layang-layang Perut Putih

    Burung Gembala Kerbau

    Burung Helang Merah

 

Flora:

    Tumbuhan menjalar-Axonopus spp.

    Pokok tumpang- Duit-duit

    Pokok buah-buahan-Rambutan, Ciku, Manggis

    Pokok besar-Pokok Pukul Lima, Sena, Semarak Api, Batai Laut

 

Papan tanda(information board)

T

U 

B 

S 

LAMAN DESA

 

Ke Laman Hijau

Ke Laman Cendiakawan

 

 

Text Box:  
Text Box:  

 

PPenunjuk Arah(Pavement)

 

 

 

• Home • Tapak Kajian • Zon A • Zon B • Zon C • Zon D • Zon E • Zon F • Zon G • Flora dan Fauna • Kesimpulan • Rekabentuk • Webmaster •

 RLD 509   Pengurusan Sumber Landskap
Disediakan Oleh: Awatif Ismail & Jashida Jaaffar
Last updated: 09/05/03.