Make your own free website on Tripod.com

 

Tapak Kajian

H

 

  

    Skala 1:2000

 

Lokasi Kawasan Kajian

     Kampus Induk Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang terletak bertentangan dengan jambatan Pulau Pinang yang merupakan pintu masuk dari Seberang Perai. Kedudukannya adalah di kawasan yang berbukit yang kaya dengan elemen alam persekitaran yang unik. Kawasan yang dipilih untuk kajian alam sekitar di kampus ini merupakan laluan pejalan kaki bermula di Pusat Kesihatan USM menaiki bukit ke Canselori dan turun sehingga ke Red House berhampiran pintu masuk utama. Jarak lokasi laluan pejalan kaki ini adalah 680 meter melalui kawasan yang berbukit.

Daripada pemerhatian yang dilakukan, terdapat beberapa jenis ekosistem yang merangkumi kawasan kajian mengikut zon iaitu:

       a) Zon A : Ekosistem Padang

       b) Zon B : Ekosistem Kampung

       c) Zon C : Ekosistem Tepubina

       d) Zon D : Ekosistem Padang

       e) Zon E : Ekosistem Tepubina

       f) Zon F : Ekosistem Hutan

      g) Zon G : Ekosistem Bukit

ZON PENERANGAN
Zon A Merangkumi Pusat Kesihatan dan Desasiswa Gemilang. Jarak laluan 100m(234 langkah).Ianya merupakan ekosistem padang.
Zon B Merangkumi bangunan C12, Pusat Pengajain Sains Kemasyarakatan dan Tapak Silat. Jarak laluan 85 m(113 langkah). Ianya merupakan ekosistem kampung.
Zon C Merangkumi tempat letak kereta Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan. jarak laluan 48m(60 langkah).Merupakan ekosistem tepubina.
Zon D Merangkumi kawasan bersebelahan Dewan Kuliah Ilmu Kemasyarakatn serta berhadapan jalan Lengkok Canselori. Jarak laluan 30m(40 langkah).Merupakan ekosistem padang.
Zon E Merangkumi Bangunan Bendahari, Canselori dan tempat letak kereta Bangunan Canselori. Jarak 162m(220 langkah). Merupakan ekosistem tepubina.
Zon F Berhadapan tempat letak kereta Bangunan Canselori dan bersebelahan Jalan Universiti. Jarak 120m(186 langkah).Merupakan ekosistem hutan.
Zon G Merangkumi kawasan bersebelahan Jalan Universiti, Red House dan Kolam Renang. Jarak 120m(195 langkah).Merupakan ekosistem bukit.

 

 

• Home • Tapak Kajian • Zon A • Zon B • Zon C • Zon D • Zon E • Zon F • Zon G • Flora dan Fauna • Kesimpulan • Rekabentuk • Webmaster •

 RLD 509   Pengurusan Sumber Landskap
Disediakan Oleh: Awatif Ismail & Jashida Jaaffar
Last updated: 09/05/03.