Make your own free website on Tripod.com

 

ZON  B

 

 P.P Sains Kemasyarakatan
Bangunan C12

   

 P.P Sains Kemasyarakatan
Bangunan C12

Zon B : Ekosistem Kampung

Ciri-ciri:

1. tumbuhan utama ialah tumbuhan berbuah.

2. terletak di kawasan yang teduh, redup dan agak tersorok di antara bangunan.

3. laluan ini jarang digunakan kecuali hujung minggu bagi ahli persatuan Silat Cekak (terdapat gelanggang silat di sini).

4. suasana pada waktu pagi dan petang yang tenang dan boleh kedengaran burung berkicau.

Hubungkait dan rantai makanan

FLORA FAUNA LANDSKAP KEJUR
i) Menjalar/ atas tanah

Rumput (Axonopus compressus, Axonopus humilis), temucut/kemucup.

ii) Pokok tumpang

Paku-pakis, duit-duit, kulampair (biasa terdapat pada dahan pokok sena dan pokok pukul lima di sekitar kawasan ini).

iii) Pokok buah-buahan

Pokok rambutan (Nephellium lappaceum), pokok ciku/sawa, pokok betik (Carica papaya), pokok pisang (Musa sapientum), pokok manggis

iv) Pokok besar

Pokok semarak api (Delonix regia), pokok sena/angsana(Pterocarpus indicus), pokok pukul lima/pokok hujan (Samanea saman), pokok batai laut (Peltophorum pterocarpum).

 

i) Belalang kecil (berwarna hijau muda dan bersaiz kecil)

ii) Semut hitam, semut merah/semut gatal (terdapat busut semut di bawah pokok pukul lima)

iii) Konkiaq (terdapat busut di bawah pokok pukul lima)

iv) Kerengga (membuat sarang di atas pokok manggis)

v) Burung gembala kerbau (terdapat banyak di bawah pokok batai laut terutamanya pagi dan petang, berkeliaran di atas rumput untuk bermain, melompat dan mencari makan)

vi) Burung sambar murai gila (boleh dilihat di sekitar Lengkok Sastera)

vii) Burung ciak rumah/ciak urasia (terdapat di sekitar bangunan C12 dan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan)

viii) Burung Layang-layang Perut Putih(terdapat di sekitar bangunan C12 dan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan)

viv) Burung Helang Merah (kelihatan pada ruang udara USM)

i) Laluan pejalan kaki (diperbuat daripada kepingan konkrit yang disusun di atas permukaan yang dipadatkan dengan tanah dan pasir, terdapat rumput yang tumbuh diantara kepingan konkrit tersebut)

ii) Tangga (diperbuat daripada konkrit yang padat)

iii) Tembok (diperbuat daripada konkrit untuk menahan tebing bersebelahan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan dan berhadapan tapak silat)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

• Home • Tapak Kajian • Zon A • Zon B • Zon C • Zon D • Zon E • Zon F • Zon G • Flora dan Fauna • Kesimpulan • Rekabentuk • Webmaster •

 RLD 509   Pengurusan Sumber Landskap
Disediakan Oleh: Awatif Ismail & Jashida Jaaffar
Last updated: 09/05/03.